October 28, 2013

1. Sebenarnya, Bajet Barisan Nasional 2014 hanyalah satu pengulangan dan pengekalan sikap boros berbelanja Barisan Nasional yang hanya mementingkan dan menguntungkan segolongan kecil rakyat disebalik penambahan derita ekonomi dan bebanan kewangan rakyat terbanyak
2. Meskipun Bajet Barisan Nasional diramalkan akan mengakibatkan pengurangan defisit Negara dari 4% kepada 3.5% KDNK, apabila dikaji dengan lebih teliti, masalah fiskal ini tidak diatasi dengan cara yang betul. Perbelanjaan pengurusan negara sepatutnya dikurangkan melalui pengurangan perbelanjaan perbekalan dan perkhidmatan yang selalunya terededah kepada ketirisan dan pembaziran, manakala, perbelanjaan pembangunan sepatutnya ditambah untuk menjana lebih banyak program-program pembangunan ekonomi
3. Ciri dan masalah utama Bajet Barisan Nasional adalah perbelanjaan pengurusan negara sekali lagi naik daripada RM 216.2 billion (2013) kepada RM 217.6 billion (2014), manakala, perbelanjaan pembangunan terus-menerus dikurangkan daripada RM 45.1 billion (2013) kepada RM 44.5 billion (2014). Perbelanjaan subsidi untuk rakyat pula dikurangkan serta mendadak sebanyak RM 7.3 billion dan seterusnya cengkaman kewangan rakyat ditambahkan melalui GST pada kadar 6% pada 2015
4. GST juga merupakan suatu kebimbangan memandangkan ianya merupakan suatu bentuk cukai regresif yang sekiranya dilaksanakan dalam keadaan ekonomi kini akan menyebabkan pelebaran jurang ketidakseimbangan pendapatan (“income inequality’) yang wujud kini.
5. Di dalam keghairahan pemimpin Barisan Nasional meniru penyelesaian ekonomi dari Barat, seperti GST, kita tidak mahu wujudnya suatu keadaan ketidakseimbangan pendapatan yang lebih buruk di Malaysia, di mana golongan berada bertambah kaya, golongan bawahan semakin menderita, sepertimana yang sedang dialami di Amerika Syarikat. Menurut suatu kajian yang dibuat oleh Emmanuel Saez di University Calfornia Berkeley, mengenai permasalahan ketidakseimbangan pendapatan di Amerika Syarikat bertajuk “Striking it Richer: The Evolution of Top Incomes in the United States” bertarikh September 2013, beliau mendapati bahawa; “the top 1% incomes (of the population) grew by 31.4% while bottom 99% incomes grew only by 0.4% from 2009 to 2012. Hence the top 1% captured 95% of the income gains in the first three years of the economic recovery hence, close to recovering, while the bottom 99% have hardly started to recover”
6. Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2014, Pakatan Rakyat dengan jelas telah menggariskan cadangan pengurangan defisit dengan menangani ketirisan dan pembaziran yang rata-ratanya membarah pada perbelanjaan pengurusan menurut Laporan Ketua Audit Negara
Realiti Ekonomi Global
7. Prospek yang lebih baik bagi ekonomi global pada tahun 2014 berbanding 2013 oleh badan dunia seperti OECD, IMF dan Bank Dunia pada kadar 3.0% hingga 4.0% tidak boleh dijadikan alasan untuk Malaysia bersikap tidak endah akan kedudukan fiskal dan pembangunan ekonomi negara
8. Ini adalah kerana ramalan di atas masih lagi tertakluk kepada beberapa faktor global yang penuh ketidaktentuan seperti siling hutang kerajaan dan penarikan semula “quantitative easing” di Amerika Syarikat, kelembapan ekonomi Eropah akibat kesan penjimatan dan pertumbuhan ekonomi negara China yang kurang memberangsangkan
9. Berdasarkan ketidaktentuan di atas, pengurusan ekonomi yang berhemah perlu menjadi dasar utama kerajaan untuk memastikan Malaysia tidak terpaksa berdepan dengan risiko kenaikan kos khidmat bayaran hutang negara secara mendadak, penguncupan permintaan dalam negeri bagi mengimbangi sebarang penurunan permintaan luar akibat kemerosotan eksport dan risiko defisit berkembar pada belanjawan negara dan penguncupan akaun semasa
10. Mutakhir ini, kita telah menyaksikan satu siri pasang surut modal di dalam pasaran aset global kerana para pelabur terutamanya yang dahulunya selesa dengan era “wang mudah” kini dilihat menjual asset-aset yang lebih berisiko terutamanya dalam pasaran negara membangun dan lebih cenderung mengalihkan pelaburan mereka ke dalam aset pasaran maju yang dilihat lebih baik dan selamat
11. Sekiranya jangkaan pemulihan ekonomi global yang lebih meluas dan muktamad tidak menjadi kenyataan, kemerosotan eksport semasa dijangkakan akan terus memberi tekanan ke atas sektor pembuatan Malaysia sehingga hujung tahun ini, mengheret pertumbuhan KDNK pada kadar yang lebih perlahan dan melewatkan pemulihan muktamad bagi ekonomi Malaysia ke suku kedua 2014 meskipun sokongan yang memberangsangkan dari permintaan domestic swasts dan awam. Buat masa ini, Pakatan Rakyat menjangkakan ekonomi Malaysia akan berkembang pada kadar 5.2% bagi tahun 2014
12. Jangkaan pengurangan subsidi berterusan dan pengenalan Goods & Services Tax (GST) dilihat sebagai usaha konsolidasi fiskal untuk mengelakkan kemungkinan penurunan taraf kepada penarafan kredit berdaulat Malaysia berikutan semakan bagi “outlook” kepada negatif daripada stabil oleh Fitch Ratings pada hujung bulan Julai 2013, berkemungkinan memberi tekanan ke atas inflasi pada masa hadapan.
13. Pengurangan berterusan kepada lebihan akaun semasa Malaysia, yang mengecil kepada hanya RM2.55 billion pada suku kedua 2013 berbanding purata sukuan sebanyak RM23.93 billion di antara 2005 dan 2012, memungkinkan Malaysia menghadapi masalah defisit berkembar (“twin deficit”) dalam jangka masa yang terdekat.
PRESTASI KERAJAAN BN SEMENJAK PRU-12
Prestasi buruk dan tiada kesungguhan pengurangan perbelanjaan pengurusan
14. Berdasarkan data Kementerian Kewangan di dalam Laporan Ekonomi tahunannya, jelas bahawa, perbelanjaan pengurusan sebenar bertambah setiap tahun mulai 2010. RM 151.6 billion 2010, RM 182.6 billion 2011, RM 205.5 2012 dan RM 216.2 untuk anggaran 2013. Kadar purata pertambahan untuk setiap tahun adalah sebanyak RM 22 billion atau 13%
15. Perbelanjaan pembangunan pula menurun secara konsisten setiap tahun bermula 2010, iaitu RM 51.3 billion 2010, RM 45.3 billion 2011, RM 44.3 billion 2012 dan RM 45.1 billion untuk anggaran 2013. Kadar purata pengurangan setiap tahun adalah sebanyak RM 2 billion atau 5%
16. Ini ditambah pula dengan perbekalan tambahan yang dilakukan 2 kali setahun secara berterusan semenjak 2009
17. Kajian perbedaan di antara anggaran jumlah perbelanjaan tahunan dengan jumlah perbelanjaan sebenar tahunan mendapati bahawa “underestimation” jumlah perbelajaan tahunan kerajaan adalah pada kadar purata 7% setiap tahun
18. Kadar purata peningkatan jumlah perbelanjaan tahunan kerajaan tahun demi tahun pada 9% juga amat membimbangkan terutamanya apabila kadar pertumbuhan ekonomi hanya pada 4% hingga 5% setahun. Dalam ertikata lain, kadar kenaikan perbelanjaan mengatasi kadar pertumbuhan ekonomi yang boleh menjurus ekonomi Negara kepada keadaan yang lebih parah
19. Kami juga ingin memaklumkan Dewan ini bahawa sebelum pimpinan Dato’ Seri Najib, kerajaan selalunya memperuntukkan 30 hingga 35% daripada jumlah perbelanjaan untuk perbelanjaan pembangunan. Tetapi pada era Dato’ seri najib, nisbah ini telah turun pada kadar 20%. Perlu diingatkan bahawa masih banyak pembangunan perlu dilakukan di kawasan pendalaman dan negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak yang bakal mengecapi sedikit keselesaan sekiranya perbelanjaan pembangunan ditingkatkan
20. Jika kesemua permerhatian ini diambilkira, adakah ini gambaran sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan berhemat dikala rakyat menderita akibat kesempitan ekonomi dan bebanan kewangan?
21. Oleh itu, perlukah Dewan ini percaya akan angka-angka anggaran yang diberi kerajaan untuk tahun 2014? Setiap kali anggaran perbelanjaan dibuat sudah tentunya jumlah perbelanjaan sebenar akan menjadi lebih besar dan sudah tentu juga akan ada perbekalan tambahan. Kami menganggarkan bahawa perbelanjaan pengurusan 2014 akan bertambah sekurang-kurangnya 10% lagi iaitu RM 22 billion, menjadikan perbelanjaan pengurusan berjumlah sekitar RM 240 billion. Ini bermakna paras defisit keseluruhan Negara bagi 2014 akan meningkat kepada RM 59 billion. Berkemungkinan besar kadar defisit negara boleh melonjak pada kadar yang lebih tinggi daripada kadar 3.5% KDNK yang dianggarkan untuk 2014. Terima kasih Barisan Nasional!
22. Di samping permasalahan defisit negara, perlu juga diingatkan bahawa penguncupan akaun semasa akibat penguncupan lebihan dagangan boleh mengheret Malaysia ke dalam permasalahan ‘twin defisit’. Ini boleh menyebabkan Malaysia kehilangan kekuatan fiskal untuk menangani kemelesetan ekonomi yang mungkin timbul akibat kelembapan berterusan ekonomi global. Perdagangan lebihan (trade surplus) untuk 2014 dianggarkan pada RM 57.3billion berbanding RM 64.3 billion (2013), RM 94.82 billion (2012), RM 124.24 billion (2011). Anggaran 2014 hampir menyamai tahun 1998 pada RM 58.44 billion.
23. Inilah kerajaan BN yang sebenar. Kerajaan boros yang kini dilamun kerunsingan akibat penerusan keborosan dan kecuaian menjaga ekonomi negara tetapi masih tidak ada kekuatan untuk mengakui kelemahan ini dengan mengurangkan perbelanjaan pengurusannya demi mengurangkan bebanan kewangan rakyat.
LANGKAH PENGURANGAN SUBSIDI
Pengurangan subsidi menguntungkan siapa?gula-naik-1
24. Kami mendapati tiada pengurangan sebenar pada perbelanjaan pengurusan melainkan pengurangan subsidi. Antara penuruan subsidi yang dimaklumkan adalah;
a. penghapusan sebanyak RM 551.25 juta subsidi gula oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
b. pengurangan sebanyak RM 505.365 juta untuk minyak masak melalui Skim Penstabilan Harga Minyak Masak oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
25. Kita semua maklum akan kesan penghapusan subsidi gula di mana lonjakan segera sebanyak 34 sen/kg telah terkesan. Akibat dari penghapusan in, industri gula akan dimonopoli oleh 2 syarikat utama iaitu Malaysian Sugar Manufacturing
Tiada ulasan :
Catat Ulasan