politik di malaysia ni bukan satu politik yg ideal untuk islam. ini kerana system politik islam bukan macam skrg. memang betul cara kita guna ni seperti yg digunakan untuk melantik khalifah ali. akan tetapi, adakah perlantikkan ali itu menjadikan mekah aman pada masa tersebut? terjadinya masalah islam yg berpuak2 dan tidak bersatu padu.
jadi, sistem parti menjadikan kita berpuak-puak. umno dgn partinya, pas dengan ahlinya, keadilan dan sebangainya. seperti yg kita maklum, sifat asabiyyah ni haram disisi islam.
jadi kenapa nak sokong pas, kalau kita tahu yg sistem parti ni tak boleh?
bagi aku, senang je. aku bukan ketua negara yg tadbir malaysia ni. bila benda bukan dalam kawalan aku, nak buat mcmana? jadi aku terpaksa ikut sebab takde cara lain lagi.
Bila dah masuk pas, tak dikara asabiyyah ke?
kalau aku ada rasa semangat kekitaan, taknak campur group tertentu sebab tak sokong pas, memang aku asabiyyah. tapi, aku ahli umno, pangkah pas je. dlm masyarakat kita kena campur semua. politik kalau dimasukkan dalam masyarakat, habis pecah belah. biarlah politik tu jadi rahsia.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan