Sebelum PRU13
ARKIB : 26/09/2012
Penduduk Hakka ucap terima kasih
SEBAHAGIAN penduduk Kampung Hakka,
Mantin memaparkan kain rentang yang mengucapkan terima kasih kepada
Najib Tun Razak kerana menyelamatkan kediaman mereka daripada dirobohkan
pemaju di Mantin, semalam.
SEREMBAN 25 Sept. - Sebanyak 80 keluarga dari Kampung Hakka, Mantin dekat sini, berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana campur tangan dalam memastikan kediaman mereka tidak dirobohkan. Penduduk yang telah mendiami kawasan berkenaan sejak sekian lama memberitahu, keprihatinan Najib itu benar-benar melegakan mereka dan mengurangkan kebimbangan ancaman jentolak yang 'mengetuk' pintu rumah mereka. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak penduduk di situ, Chong Tze Yaw, 45, berkata, mereka tidak senang duduk apabila pemaju mengarahkan supaya mengosongkan kediaman pada November tahun lalu. "Kami telah duduk di sini begitu lama dan mana boleh diarah sedemikian rupa untuk berpindah," tegasnya. Chong berkata, mereka mendapat khabar gembira daripada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa Najib telah memaklumkan dan mahu pemaju mengadakan dialog dengan penduduk sebelum meneruskan sebarang projek di tanah berkenaan. Namun katanya, dialog itu tidak dilaksanakan dan membuatkan penduduk menulis surat kepada Najib dan Mohamad dengan menyatakan pemaju gagal berbuat demikian. Sebaliknya, tambah Chong, pemaju itu telah mengemukakan surat dengan menawarkan pampasan antara RM1,500 ke RM7,500 setiap keluarga berdasarkan keadaan rumah yang didiami. "Kami mahu pemaju segera mengadakan dialog dan kami bukan menyusahkan mereka kerana apa yang dituntut ialah keadilan dalam membuat keputusan," katanya. Seorang lagi penduduk, Lai Pak Moi, 51 memberitahu, mereka sentiasa berada dalam kebimbangan kerana rumah mereka akan dirobohkan jika enggan berpindah. "Kami miskin dan berharap pihak berkuasa dapat membantu mencari jalan penyelesaian," katanya. Sementara itu, Mohd. Siddiq Meeda Mohamad, 58, yang lahir dan dibesarkan di kampung berkenaan merayu pihak berkuasa membenarkan mereka mendiami kawasan itu. "Memanglah terdapat beberapa kekurangan, tetapi jika kami diberikan hak milik tanah ini, sudah tentulah kami akan mencantikkan rumah sedia ada ini," katanya sambil memberitahu terdapat empat keluarga Muslim menetap di kampung itu. Bagi Amarjeet Kaur, 49, pula, dia berterima kasih kepada Najib dan kerajaan negeri kerana sudi mendengar masalah yang dihadapi penduduk di kawasan berkenaan. "Saya mungkin satu-satunya keluarga Sikh mendiami Kampung Hakka ini, tetapi kami hidup penuh harmoni. "Kami amat berharap pihak berkuasa dapat memastikan pemaju mendengar rayuan kami supaya kedua-dua pihak mendapat faedah bersama," jelasnya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20120926/ws_07/Penduduk-Hakka-ucap-terima-kasih#ixzz2jTHVpLPJ | |||
Selepas PRU13
![]() |
| Lepas PRU13 |
Kecoh Kampung Hakka diroboh
NILAI - Dua ahli Parlimen dan empat Adun dari DAP antara 19 individu
yang ditahan polis kerana menghalang operasi perobohan di Kampung Hakka,
dekat Mantin semalam.
Enam wakil rakyat tersebut ialah Anthony Loke (Parlimen Seremban), Teo Kok Seong (Ahli Parlimen Rasah), J Arul Kumar (Adun Nilai), P Gunasekaran (Adun Senawang), Chew Seh Yong (Adun Bahau) dan Ng Chin Tsai (Adun Temiang).
Turut ditahan Setiausaha Agung Parti Siosalis Malaysia (PSM), S Arutchelvan dan dua aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) iaitu Nalini Elumalai dan Thevarajan dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Hakka, Chong Tze Yaw.
Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Mantin untuk diambil keterangan.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd Yusof Awang ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Bagaimanapun kesemua wakil rakyat itu dibebas kira-kira jam 8.30 malam tadi dengan jaminan mulut melalui peguam mereka iaitu Cha Kee Chin yang juga merupakan Adun Bukit Kepayang.
“Sebanyak 19 tangkapan dibuat melibatkan 16 lelaki dan tiga wanita.
Daripada jumlah berkenaan, dua merupakan Ahli Parlimen dan empat lagi Adun negeri ini manakala baki selebihnya adalah aktivis organisasi bukan kerajaan (NGO).
“Kesemua ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menghalang penjawat awam melaksanakan tugas mereka,” katanya.
Katanya, insiden kekecohan berlaku bermula jam 9.30 pagi dengan tangkapan pertama bermula kira-kira jam 10 pagi dan berterusan sehingga tengahari.
Untuk rekod, ini bukan pertama kali polis membuat penahanan berhubung isu perobohan Kampung Hakka 30 September lalu, pemimpin PSM itu dan 11 telah ditahan apabila mereka cuba menghentikan perobohan kampung bersejarah itu.
Difahamkan, seramai 80 keluarga di kampung itu telah diarahkan keluar oleh Mahkamah Tinggi Seremban selepas tanah berkenaan dibeli oleh sebuah syarikat pemaju.
Pertikaian antara penduduk kampung dan pihak pemaju bermula pada 2011 selepas mereka diarahkan mengosongkan kawasan seluas kira-kira 15 hektar bagi memberi laluan kepada pihak pemaju Mega Nine bagi tujuan pembangunan komersil.
Dalam operasi semalam tiga rumah setinggan dan sebuah dewan Persatuan Murid Tua Sekolah Chi Chi, dekat situ dirobohkan.
Salah seorang penduduk, Reena Sir Mohd, 32, berkata, Tuhan sahaja yang tahu betapa peritnya dihalau daripada rumah sendiri, apatah lagi hanya mampu melihat kediaman berkenaan rebah menyembah bumi.
“Kami sekeluarga tidak menyangka akan ditimpa nasib sebegini rupa memandangkan sudah menetap di Kampung Hakka sejak 45 tahun lalu tanpa sebarang masalah. Justeru, tiada apa lagi dapat kami lakukan selain berserah sepenuhnya pada ALLAH.
“Buat masa ini, kami bercadang untuk menyewa khemah bagi menempatkan segala kelengkapan rumah, selain turut menjadi tempat berteduh,” katanya.
Seorang lagi, Kamal Mohd Zain, 29, pula kesal kerana ditawarkan dengan pampasan yang tidak setimpal oleh pihak pemaju jika dibanding dengan jumlah kerugian yang mereka alami.
“Kami akur dengan perintah dikeluarkan mahkamah namun sukar untuk kami beri kerjasama memandangkan pampasan diberikan terlalu sedikit. Kejadian sebegini tidak akan berlaku sekiranya kerajaan negeri campur tangan.
“Sebenarnya, perkara ini boleh diselesaikan dengan mudah sekiranya pemaju mahu berunding dengan penduduk. Kami pasti sudah berpindah sejak awal-awal lagi jika diberikan penempatan baharu sebagai ganti, tidak kiralah apa jenis kediaman sekalipun,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Amin Sir Mohd, 31, berkata, peristiwa itu tidak akan dilupakan seumur hidupnya kerana rumahnya dirobohkan sehari selepas ulang tahun kelahirannya.
“Nampaknya, inilah kali terakhir saya menyambut ulang tahun kelahiran di rumah ini. Tidak tahulah, ke mana saya dan keluarga akan membawa diri selepas ini,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/kecoh-kampung-hakka-diroboh-1.216477 Enam wakil rakyat tersebut ialah Anthony Loke (Parlimen Seremban), Teo Kok Seong (Ahli Parlimen Rasah), J Arul Kumar (Adun Nilai), P Gunasekaran (Adun Senawang), Chew Seh Yong (Adun Bahau) dan Ng Chin Tsai (Adun Temiang).

Tiada ulasan :
Catat Ulasan