Baik Punya

Selasa, 28 Julai 2009

Apa benda katious ni?

Bagi mereka yang tak tau maksud katious, anda perlu melakukan sesuatu. caranya mudah. naik bas pergi kuala kangsar. turun dari bas express tu, cuba cari bas warna merah kuning yg bernama bas red and yellow. cari bas yg pergi lenggong. naik bas tu dan cakap kat konduktor tu 'katious'.

bas tu akan bergerak dari stesen bas kearah kiri. samapai kebulatan yg ada labu tu, dia akan masuk simpang yg ketiga. dari situ, bas ni akan bergerak mengikut jalan samapai jumpa satu simpang 'y' kat tepi shell. dari shell tu bas tu akan terus sampai ke highway ke grik.

dari highway ni, bas ni akan bergerak terus (selalu juga berenti kalau ada org tahan atau nak turun) sampai jumpa simpang ke kati. bas tu akan masuk simpang kanan, semasa bas tu bergerak, perhatikan balai polis di sebelah kiri.

kalau nampak balau polis kat sebelah kiri. tekan loceng. anda sudah sampai bandar metropolitan katious.

Tiada ulasan :

ohbelog.com