Tahun akhir tahun 1999, masa tu 2nd year jadi student. kalau nak buat assignments atau cari bahan memang kena pakai pc. masa tu windows me sedang meningkat popular. tapi i masih lagi menggunakan windows95. bukan apa, aku dah biasa guna 95. aku pernah install 98, tapi ia tak memuaskan hati.
walaupun macam tu, aku ada setiap installer untuk windows 3.x, 95, 98 dan me. ini kerana, aku buat part time pasang, repair dan upgrade pc masa kat kolej dulu. apabila microsoft dan hardware manufacture tak lagi buat update untuk 95, aku terpaksa tukar. pengalaman menggunakan windows 98 (bukan 98se) dan windows me, menyebabkan aku benci microsoft. blue screen, crash, system halt dan macam2 masalah.
sampai satu hari masa aku tunggu tunang aku kat klcc (dating la apa lagi) yg tak sampai2, aku buang masa tengok2 majalah2 kat kadai majalah kat tepi tangga ke arah lrt. aku jumpa majalah 'apc' yg bagi 1 set linux red hat (3cd) free. aku pernah dgr linux tapi tak tau rupa dia mcmana. so, aku beli la dan teruskan menunggu untuk 1/2 jam lagi.
rupanya, linux adalah free. installation pun mudah. tak macam windows yg kena boot, lepas tu kena buat directory, type cd, md, format c: /q/s la, etc etc. bila settle install, aku rasakan linux far more better than windows me. windows yg mudah crash hanya bagi 1 desktop environment (DE), tapi linux bagi lebih. oleh kerana aku pengguna windows, maka aku lebih suka guna 'kde' berbandingkan 'gnome' yg nampak pelik (pada masa tu la)
oleh kerana aku suka dgn os yg baru, stabil dan menarik. aku offer kepada kawan2 aku untuk mencuba linux. ramai yg suka dan ada yg tak. kebanyakkan yg tak suka kerana tak boleh main games. masalah kecil je kalau nak main games. sebenarnya org yg tak suka tu tak tau yg dia boleh shift ke windows balik masa start pc.
sehingga ari ini, aku masih menggunakan linux (windows xp cetak rompak pun ada untuk main games). sekarang aku guna debian 5.02 dan ubuntu 9.04 (hd lain). anak aku guna debian 4.04 dgn add on debianEdu 3.0. anak aku tak pernah kenal microsoft windows. kalau kawan2 dia datang rumah mesti tak tau nak guna pc dia.
sehingga sekarang, aku masih buat pc untuk org tetapi aku tak akan install windows kat diaorg. kebanyakkan org yg aku letak linux (selalunya ubuntu), mereka amat berpuas hati dan tak akan pakai windows lagi.
Baik Punya
Rabu, 29 Julai 2009
Selasa, 28 Julai 2009
Apa benda katious ni?
Bagi mereka yang tak tau maksud katious, anda perlu melakukan sesuatu. caranya mudah. naik bas pergi kuala kangsar. turun dari bas express tu, cuba cari bas warna merah kuning yg bernama bas red and yellow. cari bas yg pergi lenggong. naik bas tu dan cakap kat konduktor tu 'katious'.
bas tu akan bergerak dari stesen bas kearah kiri. samapai kebulatan yg ada labu tu, dia akan masuk simpang yg ketiga. dari situ, bas ni akan bergerak mengikut jalan samapai jumpa satu simpang 'y' kat tepi shell. dari shell tu bas tu akan terus sampai ke highway ke grik.
dari highway ni, bas ni akan bergerak terus (selalu juga berenti kalau ada org tahan atau nak turun) sampai jumpa simpang ke kati. bas tu akan masuk simpang kanan, semasa bas tu bergerak, perhatikan balai polis di sebelah kiri.
kalau nampak balau polis kat sebelah kiri. tekan loceng. anda sudah sampai bandar metropolitan katious.

Langgan:
Ulasan
(
Atom
)